Nasionalpilihan

PM minta baca Al-Fatihah, pembangkang tak hormat dan terus buat bising

SEPERTI yang dijangka, Sidang Khas Parlimen hari ini yang sepatutnya berbincang berkenaan dengan hal-hal Covid-19 nampaknya terus menjadi tempat untuk berbahas berkenaan perkara yang tidak perlu.

Malah, ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan ucapan, beliau sempat meminta semua Ahli Parlimen sama ada pembangkang mahupun kerajaan untuk bertafakur dan membacakan Al-Fatihah bagi semua mangsa Covid-19.

Namun, niat mulia itu langsung tidak diendahkan terutamanya melibatkan Ahli Parlimen DAP yang terus bangun dan membuat bising dengan meminta ‘point of order’.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun juga ketika itu sempat memberitahu yang Ahli Parlimen Pagoh itu meminta untuk semua membaca Al-Fatihah.

Namun, tiada seorang pun terutamanya Ahli Parlimen DAP yang mengendahkan perkara tersebut dan terus membuat bising dengan meminta ‘point of order’. -SM

(Visited 1,445 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button