Nasional

UPSI, Let’s Play bantu mangsa banjir Kg Cinggung

PRIHATIN terhadap nasib dan kebajikan penduduk orang Asli di Kampung Chinggung dekat sini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Syarikat Let’s Play memberi sumbangan kepada penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menyambut baik usaha Syarikat Let’s Play bersama UPSI membantu penduduk orang Asli Kampung Cinggung.

“Saya sentiasa menyokong pelbagai program bersifat kemanusiaan yang diterapkan dalam aktiviti anjuran persatuan mahasiswa,” katanya.

Pemilik Syarikat Let’s Play, Khairul Azmer Yusop menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Cinggung sambil disaksikan Dr Norkhalid ( dua dari kiri).

Program penyampaian bantuan itu dikendalikan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) .

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata UPSI sentiasa prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk setempat terutamanya yang tinggal di daerah Mullim apabila ditimpa musibah banjir.

“Hari ini bersama pengurusan Syarikat Let’s Play kami menyerahkan 68 set pakaian sekolah untuk 68 murid dari 44 sekolah rendah dan 24 sekolah menengah.

Datuk Johari dan Chik Alek
membantu kanak-kanak orang Asli Kampung Cinggung memakai kasut sumbangan Syarikat Let’s Play.

Hadir sama, Pengarah Jualan Let’s Play, Datuk Johari Al Bakri dan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporar UPSI, Prof Madya Dr Mohd Izwan Syahril.

Pemilik Syarikat Let’s Play, Khairul Azmer Yusop berkata yayasan berkenaan sentiasa komted dalam isu kebajikan masyarakat

“Ia adalah inisiatif yang akan kami dilaksanakan secara berterusan bagi menyantuni masyarakat yang menghadap

Serahan sumbangan disampaikan sendiri oleh Khairul Azmer kepada penduduk yang terlibat dengan banjir beberapa hari lalu.

Tok Batin Kampung Cinggung, Chik Alek a/l Bah Abu mengucapkan terima kasih kepada UPSI dan Let’s Play yang memberi sumbangan kepada penduduk kampung yang seringkali menghadapi musibah banjir. -SM

Baca : 3,267 pelajar baharu teruja berjaya masuk UPSI

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button