fbpx
Nasional

Lelaki ditahan selepas samun pemandu Grab

SEORANG lelaki yang bertindak menyamun seorang pemandu Grab pada 19 Julai lalu ditahan dalam serbuan ke sebuah rumah di OUG Parklane Condo, kelmarin.

Difahamkan, serbuan dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang hasil maklumat dan siasatan yang dilakukan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. [email protected] berkata, lelaki itu melakukan jenayah samun di Jalan Ang Seng kira-kira pukul 10 pagi.

“Suspek telah menaiki kereta yang dipandu mangsa untuk dihantar ke Jalan Ang Seng.

BACA> SKMM denda Astro siar dokumentari Al-Jazeera mengenai Altantuya

“Ketika sampai di lokasi, suspek telah mengacukan pisau ke bahagian perut mangsa sebelum merampas telefon dan wang tunai dalam dompet mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Zairulnizam, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM700.

Jelasnya, hasil soal siasat, suspek berusia 24 tahun itu mengaku terlibat dengan kes samun tersebut.

“Semakan rekod jenayah lambat juga mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah.

BACA> Nenek ‘gelang pink’ menghidap Covid-19 dirawat di hospital

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button