Nasional

Bayar saman: Kaunter di KLCC tutup, balai polis dan JPJ buka

TIDAK perlu susah hati, esok masih ada bagi mereka yang belum berkesempatan membayar saman lalulintas dengan diskaun 80 peratus.

Jika semalam orang ramai berbaris panjang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk melunaskan pembayaran, kaunter telah ditutup.

Tawaran diskaun 80 peratus bermula 9 Disember sehingga esok, 12 Disember sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia boleh dibuat di kaunter balai yang lain.

“Kaunter pengurangan bayaran saman di KLCC telah ditutup. Pembayaran saman masih boleh dibuat di balai polis dan JPJ seluruh negara,” catat poster pemakluman 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. – SM

(Visited 669 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button