Pendidikan

UniMAP terus berusaha kekal identiti berdepan era globalisasi

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan terus berusaha keras bagi mengekalkan identitinya di dalam mengharungi cabaran era globalisasi.

Identiti atau imej dilihat sebagai salah satu elemen yang dititikberatkan oleh organisasi. Imej korporat bukan sahaja perlu dipapar tetapi turut dilindungi agar tidak tercemar kerana mengambarkan sesebuah organisasi itu serta tahap potensinya dalam mencapai matlamat, kejayaan, kualiti dan kredibiliti.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima taklimat ‘Makluman dan Perancangan Awal – UniMAP Royal Corporate Gala Hi-Tea’ yang diadakan di Istana Arau tengahari tadi.

Taklimat dipersembahkan oleh Naib Canselor Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad dan Penolong Naib Canselor (Keusahawanan dan Kelestariam Kewangan), Prof Datuk Wira Dr Salleh Hj Din.

Menurut Badlishah pula, semua warga UniMAP akan sentiasa memastikan identiti universiti dijaga dan dikekalkan malah keterlihatan UniMAP akan terus diperkasakan lagi dengan sebaik mungkin agar sentiasa terpelihara daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan reputasinya.

Untuk rekod, objektif utama majlis jamuan teh yang bakal diadakan di ibunegara pada petang selasa 24 Mac 2020 yang akan datang nanti ialah bagi mendapatkan dana yang cukup untuk disalurkan ke Tabung Wakaf dan juga Endowmen UniMAP.

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button