BeritaPendidikan

UniMAP perlu jadi pencetus ekonomi berasas teknologi

TIBILISI (Georgia) – Sebagai universiti yang berasaskan kejuruteraan, para pelajar dan alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu menjadi antara pencetus ekonomi berasaskan teknologi seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada individu lain.

Elakkanlah terlibat dengan penipuan dan jenayah siber. Amat rugi jika ilmu dan pengetahuan itu disalahgunakan sehingga memberi impak negatif kepada diri dan institusi.

Teknologi Robotik, Objek Rangkaian Internet (IOT), Kepintaran Buatan (AI), Data Analitik, Pemprosesan Imej, Perisian, Sistem Komunikasi Mudah Alih, Percetakan Tiga Dimensi (3D), Keselamatan Siber, Simulasi dan Integrasi Sistem Digital antara elemen baharu yang mula mengambil alih fungsi pekerjaan dan sistem sedia ada yang membuka ruang luas kepada pekerjaan berorientasikan ‘gig’ untuk diakses individu termasuklah kepada seluruh warga UniMAP.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Ivane Javakhishvili Tbilisi State University (TSU) di Tbilisi, ibu negara Georgia pagi semalam.

Keberangkatan tiba baginda dan delegasi lawatan ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 UniMAP ke Georgia selama dua hari disambut oleh Rektor universiti berkenaan, Dr George Sharvashidze serta Timbalan Rektor, Prof Nino Okribelashvili dan Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa, Tea Gergedava.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir ialah Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti, Prof Mohd Fo’ad Sakdan.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP turut memberikan beberapa contoh yang bertepatan dengan kemahiran graduan UniMAP.

Berdasarkan dapatan kajian ilmiah, antara kelompok pekerjaan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam pasaran ‘Ekonomi Gig’ ialah:

1. ‘Deep Learning Job’ atau kerja-kerja penawaran perkhidmatan mesin data yang semakin mendapat tempat sejajar dengan perkembangan Artificial Intelligence (AI). Antara yang ditawarkan ialah saintis data, jurutera perisian, programmer di mana teras utamanya ialah kemahiran komputer dan pengaturcaraan seperti Tensorflow, Python, R, Java, Matlab, Perl dan C ++. Nilai bayaran boleh mencecah RM500 bagi sejam perkhidmatan.

2. Khidmat ‘Blockchain’ sudahpun diiktiraf oleh pelbagai industri sebagai teknologi hebat selepas penciptaan Internet dan boleh diaplikasikan di dalam pelbagai bidang. Ia berfungsi sebagai pengkalan data terbuka dan menjanjikan nilai bayaran sekitar RM350 sejam, seterusnya

3. Penawaran teknologi robotik. Meskipun cabaran industri revolusi mengatakan pelbagai jenis pekerjaan akan diambil alih oleh robot namun, ia secara tidak langsung membuka peluang penawaran khidmat membangunkan teknologi robotik ini. Dan ia sebagai khidmat ketiga terbesar yang menjanjikan bayaran RM400 sejam.

Di akhir program, pihak TSU mempersembahkan kebudayaan tradisional Georgia kepada baginda dan juga delegasi.

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button