NasionalNegeriPendidikanUncategorized

Raja Puan Muda kurnia ijazah kepada 312 graduan sidang akhir Konvokesyen 16 UniMAP

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menganugerahkan kepada 312 graduan pada sidang akhir Istiadat Konvokesyen 16 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Istiadat Konvokesyen 16 UniMAP selama empat hari ini yang berakhir Khamis lepas itu diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau.

Penerimanya adalah graduan jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) bagi Sistem Elektronik, Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik, Rekabentuk Rangkaian Elektronik dan Elektronik Bersepadu serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) bagi jurusan-jurusan Kejuruteraan Awam, Alam Sekitar dan juga Pembinaan.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Puan Muda merangkap Pro Canselor disambut oleh Naib Canselor, Prof Ts. Datuk Dr. Zaliman Sauli.


Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP dalam siaran rakaman titah ucapan Baginda menasihatkan pelajar supaya sentiasa membabitkan diri dalam organisasi supaya dapat memupuk nilai kepimpinan yang tinggi.

Titah Baginda, ini adalah kerana kemahiran komunikasi yang baik dapat memberi penjelasan dan teguran dengan baik serta diterima juga dengan baik.

“Apa yang penting dalam menyampaikan hujahan supaya difahami oleh pekerja bawahan apabila sesuatu isu dibincangkan dalam alam pekerjaan kelak,” titah Baginda. – SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button