NasionalNegeriPendidikan

Graduan UniMAP perlu sumbang kepakaran – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya graduan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang masing-masing bersedia menyumbangnya bagi pembangunan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Baginda bertitah, mereka juga boleh menjadi ‘jambatan penghubung’ di antara UniMAP dan badan-badan industri tidak kira di dalam mahupun di luar negara, di samping menyerlahkan lagi keterlihatan UniMAP.

Demikian titah Baginda pada Sidang Pertama Bagi Istiadat Konvokesyen 17 UniMAP yang di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Arau.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Turut hadir, Duta Romania ke Malaysia Ambassador Nineta Barbulescu dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Di majlis tersebut Dr. Dan Cascaval dari Romania menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan dan Nizam Sani menerima Ijazah Kehormat Sarjana Ekonomi daripada Tuanku Syed Faizuddin selaku Canselor UniMAP.

Turut menerima ijazah daripada Baginda ialah graduan Doktor Falsafah (70), Sarjana (117) serta Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) dan Keusahawanan Kejuruteraan (240).

Baginda juga mengurniakan Anugerah Khas iaitu Anugerah Pelajaran DiRaja kepada Muhammad Muqri Muazam Zainal dan Lee Jessie, Pingat Emas Canselor kepada Nabil Fikri Ramli dan Chee De Yi, Pingat Emas Naib Canselor kepada Salman Yunus, Danny Law Khay Wen dan Saleh Ahmad Mohamed Saleh Alhaj Ali serta Anugerah Kecemerlangan Akademik Program Pengajian Siswazah kepada Muhammad Ibadurrahman dan Chawalit Udom Sak.

Antara yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing di peringkat Sarjana ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Kedah, Datuk Norsabrina Mohd Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor. – SM

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button