fbpx
Nasional

UniMAP guna sepenuhnya teknologi digital hadapi Covid-19

UNIVERSITI  Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil langkah yang drastik dari awal dalam tempoh penularan pandemik Covid-19 melalui penggunaan sepenuhnya ‘Teknologi Digital’ dalam urusan pentadbiran Universiti supaya sistem penyampaian dan perkhidmatan tidak terkesan akibat daripada penularan wabak maut ini.

Selaras dengan pengumuman yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1 hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac sehingga 4 Mei 2020, UniMAP telah mengambil langkah mengadakan mesyuarat secara dalam talian pada setiap hari melibatkan kesemua Ketua-ketua Jabatannya untuk merancang dan menggerakkan segala tugas sepanjang tempoh PKP dan sehingga kini sebanyak 28 kali mesyuarat telahpun diadakan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Naib Canselor UniMAP Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu sesi taklimat khas yang diadakan di Pejabat Tuanku Canselor UniMAP, Bangunan Canselori universiti di Pauh Putra semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pejabat Naib Canselor, Kapten Muhammad Azuan Mohamad Nasir.

Menurut Badlishah, UniMAP terus melangkah ke hadapan apabila menggunakan teknologi digital dalam merekod dan memantau keberadaan setiap staf dan juga pelajar dengan menggunakan aplikasi GPS-Location. Melalui pembangunan aplikasi ini, pihak Universiti berkeupayaan untuk memantau lokasi keberadaan setiap staf dan pelajar samada mereka di dalam zon merah, kuning ataupun hijau. Melalui pemantauan ini juga akan memberi ruang untuk pihak Universit
membuat langkah persediaan awal sebelum menerima kembali para pelajar dan staf yang datang dari pelbagai kategori zon apabila negara bebas dari wabak berkenaan kelak.


Tambah beliau kepada Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Tuanku Canselor, UniMAP turut mencipta pelbagai teknologi yang boleh dimanfaat oleh masyarakat selaras dengan slogan UniMAP iaitu “Kejuruteraan Teknologi Untuk Masyarakat” melalui penghasilan Terowong Sanitasi, Alat Semburan Disinfektan untuk basmi kuman bagi kegunaan Pihak BOMBA Kangar dan penghasilan ‘hand sanitizers’ untuk diagihkan kepada Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan juga Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) UniMAP.

UniMAP juga tidak ketinggalan dalam mengutamakan kebajikan pelajar tempatan dan antarabangsa yang terkandas di kolej-kolej kediaman masing-masing sepanjang tempoh PKP iaitu seramai 830 orang. Pelbagai sumbangan ikhlas diterima dari pihak kerajaan, NGO, individu persendirian mahupun sumbangan ikhlas dari setiap PTj UniMAP yang budiman untuk kegunaan penyediaan makanan serta majlis berbuka puasa dengan nilai anggaran yang diterima sebanyak RM365,000. Terkini, jumlah pelajar yang tidak pulang dan masih kekal menginap di kolej adalah seramai 396 orang.

Sekiranya jumlah pelajar Sabah dan Sarawak yang dalam senarai 130 orang jadi balik maka jumlah yang akan tinggal di kampus selepas itu ialah 256 yang mana 47 daripada mereka adalah pelajar antarabangsa.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda menitahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ibu dan berharap rakyat akan memanfaatkan sebaiknya masa cuti awam sempena Nuzul Quran bersama seisi ahli keluarga di rumah dan terus mematuhi segala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan dengan penuh berdisplin dan bertanggungjawab demi memastikan negeri Perlis diisytiharkan sebagai “Zon Putih” dalam waktu yang terdekat seterusnya dapat mengekalkan status tersebut demi kesejahteraan semua. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button