fbpx
Nasional

Covid-19: Sembilan lagi petugas kesihatan dijangkiti, dua dalam ICU

SERAMAI sembilan lagi petugas kesihatan telah dijangkiti virus Covid-19. Tujuh daripada mereka merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan dan dua pula dari hospital swasta.

Sehingga kini, 19 kakitangan KKM dan 5 petugas daripada fasiliti kesihatan swasta telah disahkan dijangkiti COVID-19.

[BACA ARTIKEL] 12 petugas KKM, 3 swasta dijangkit Covid-19, seorang dalam ICU

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, dua  daripada 19 orang kakitangan KKM tersebut kini sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“Punca jangkitan bagi kesemua 19 anggota kesihatan KKM terbabit BUKAN disebabkan oleh ketidakpatuhan mereka semasa mengendalikan kes COVID-19 di peringkat fasiliti masing-masing.


“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan kontak rapat generasi pertama dan kedua melibatkan kluster jemaah tabligh,” kata Dr. Noor Hisham.

Justeru beliau mengingatkan semua petugas kesihatan dan perubatan yang mengendalikan pesakit mengenai kepentingan untuk menggunakan penutup mulut dan hidung (face mask).

“Begitu juga, mereka perlu sentiasa menjaga kebersihan, khususnya dengan mencuci tangan dengan cara yang betul dan lebih kerap,” kata Noor Hisham.

Sehingga 14 Mac 2020, bilangan anggota KKM yang telah menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 adalah seramai 337 orang. Dari jumlah tersebut, 251 adalah didapati negatif . Manakala baki 86 lagi masih menunggu keputusan.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button