Nasional

Netizen Ucap Terima Kasih PM Atas Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun Ini

Para netizen yang terdiri daripada penjawat awam warga Malaysia khususnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hal ini demikian kerana pengumuman yang dibuat Perdana Menteri berhubung Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri tahun ini mampu mengukir senyuman di bibir rakyat.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri mengumumkan semua penjawat awam dengan Gred 56 dan ke bawah layak menerima bantuan tersebut sebanyak RM500.

Malah bukan itu sahaja, para netizen yang juga terdiri daripada pesara kerajaan juga bakal menerima bantuan yang serupa bernilai RM250 bermula 25 April ini.


(Visited 92 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button