KebakaranNasionalNegeri

Mayat lelaki dan wanita ditemukan rentung dalam pondok pengawal keselamatan

MAYAT seorang lelaki dan wanita ditemukan rentung dalam sebuah pondok pengawal keselamatan yang terbakar di Taman Bayam Indah, Kulim, Kedah, malam tadi.

Difahamkan, mayat lelaki dan wanita itu ditemukan dalam kontena yang dijadikan sebagai pondok pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 10.56 malam sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi.

“Ketika memadam kebakaran anggota bomba mendapati terdapat dua mangsa rentung dalam kontena terbabit,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam kontena dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian. – SM

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button