fbpx
Nasional

UniMAP fokus penyelidikan, inovasi untuk manfaat sejagat

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan sentiasa memastikan penyelidikan berada atas landasan yang tepat walaupun menghadapi pelbagai cabaran, umumnya dalam hal-hal berkaitan kewangan.

Usaha berkaitan Penyelidikan dan Inovasi di UniMAP akan memberi fokus kepada inisiatif menggiatkan penyelidikan dan inovasi universiti untuk manfaat masyarakat tempatan dan global.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh delegasi daripada UEM Edgenta yang diketuai oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Syahrunizam Samsudin yang diiringi Pengarah Urusan Edgenta Mediserve Sdn Bhd, Dr Nik Fawaz Nik Abdul Aziz di Bangunan Canselori UniMAP Pauh Putra pada petang semalam.


Keberangkatan tiba baginda yang juga Tuanku Canselor UniMAP disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Raja Datuk Azwane Raja Ariff dan Naib Canselor, Prof Ir Ts R Badlishah Ahmad.

Menurut Badlishah pula, ‘Antara fokus UniMAP termasuklah menggalakkan persekitaran terbuka sebagai pemangkin kepada aktiviti keusahawanan, mengutamakan kolaborasi antarabangsa yang memberi impak global, melahirkan malim penyelidikan untuk masa hadapan, meningkatkan pembiayaan penyelidikan dan mengukuhkan infrastruktur untuk kecemerlangan penyelidikan’.

Tambah beliau, ‘Secara umumnya, agenda penyelidikan UniMAP akan terus memberi fokus kepada aspek kualiti berbanding kuantiti, dan akan berusaha untuk menjadi penyelesai masalah atau ‘solution provider’ kepada industri dan pihak yang memerlukan

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button