fbpx
Politik

UMNO perlu jadi pelopor gerakan rakyat gagalkan penipuan Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – UMNO perlu menjadi pelopor menggerakka usaha besar-besaran rakyat untuk menolak Pakatan Harapan

Gerakan massa ini adalah satu gerakan rakyat yang berasa rasa tertipu, rasa terpedaya dan rasa dibohongi oleh Pakatan Harapan.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, setelah 18 bulan menjadi kerajaan, Pakatan Harapan telah menggagalkan negara ini dan rakyatnya secara sistematik.

“Mereka telah gagal dalam janji mereka. Gagal mengurus negara ini. Gagal melaksanakan pembaharuan yang mereka janjikan.

“Mereka adalah Pakatan yang gagal! Pakatan yang bukan sahaja menjadikan negara ini negara rapuh, malah Pakatan yang telah melemahkan kedudukan, pengaruh dan kekuasaan Bangsa Melayu dan kedudukan Islam,” kata Mohamad dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2019 malam ini.

Menurut Mohamad, keutamaan Pakatan Harapan kini bukanlah mahu menguruskan negara ini tetapi sebaliknya berebut untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.

Perebutan itu menyebabkan perbalahan dalaman dan percakaran kuasa yang sangat memalukan dalam Pakatan Harapan.

“Percayalah, kegagalan 18 bulan PH, hanyalah permulaan kepada lebih banyak kegagalan yang bakal menyusul,” kata Mohamad.

Menurut Mohamad, ahli UMNO perlu menjadi agen semak dan kritik yang benar-benar efektif.

Setiap ahli UMNO juga berperanan, secara bertanggungjawab dan beretika, untuk mencari pelbagai kelemahan, kegagalan dan kepincangan PH. Dan mendedahkannya, kepada semua rakyat Malaysia, melalui pelbagai medium media sosial.

Cara Kedua untuk menggagalkan Pakatan Harapan adalah dengan mengukuhkan Muafakat Nasional dengan menjiwai, memperjuangkan ideanya, dan menjayakannya dengan pelbagai cara.

“Kitalah ‘roadmap’ sebenar Muafakat Nasional. Kitalah yang mesti menterjemahkannya di akar umbi. Muafakat Nasional ini mesti dirakyatkan. Ia mesti difahami oleh rakyat kebanyakan dan diterima oleh mereka. Dan tugas tersebut adalah pada kita semua. Bukan sekadar Presiden dan pasukannya sahaja.

“Ingat, kita telah menang empat pilihanraya kecil, melalui kerjasama erat UMNO, BN, dan rakan-rakan sahabat yang lain khususnya PAS. Maknanya, Muafakat Nasional adalah formula dan strategi politik yang berhasil dan mempunyai keampuhan,” kata Mohamad.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button