Nasional

Perdana Menteri mengadap Raja Perlis

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh Perdana Menteri  Tan Sri Dato’ Seri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dan isteri, Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, Perlis hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta diiringi anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Tan Sri Muhyiddin mempersembah maklumkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan, ekonomi serta perkembangan terkini negara terutamanya berkaitan penularan wabak COVID-19 dan juga program vaksinasi kebangsaan yang sedang dijalankan.

Dalam pertemuan selama hampir dua jam itu juga, Tuanku Raja Perlis turut menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana bersungguh-sungguh dalam memerangi pandemik yang melanda negara dan dunia ketika ini. Baginda amat menghargai setiap usaha serta inisaitif yang dilakukan dari masa ke semasa dalam usaha memulihkan ekonomi dan memerangi wabak ini.

Baginda turut mendoakan agar kita akan memenangi ‘peperangan’ ini dan berharap agar rakyat akan memberikan sokongan padu terhadap segala usaha kerajaan dalam menangani pandemik ini secara bersama.

Sejurus selepas majlis berlangsung, Perdana Menteri mengiringi Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Muda Perlis untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau di sini.

(Visited 485 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button