fbpx
NasionalPolitik

Gambar merokok sengaja cemar imej Redzuan

KELIBAT Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof sedang merokok yang ditularkan adalah gambar lama ketika peraturan larangan menghisap rokok di tempat awam belum dikuatkuasakan sepenuhnya.

Menurut kenyataan setiausaha akhbar beliau, semasa itu Mohd Redzuan belum menyandang jawatan Menteri Persekutuan
dan keadaan sekitar gambar tersebut yang tertera di belakangnya tanda `larangan merokok’ berkemungkinan diambil di luar konteks.

Merujuk laporan akhbar China Press terbitan 22 November 2019 bertajuk “Menteri gagal patuhi larangan merokok”, Setiausaha Akhbar beliau menjelaskan kepada Suara Merdeka hari ini:

“Isu ini pernah diviralkan dahulu. Ini (laporan itu) merupakan kenyataan yang sengaja untuk mencemar kredibiliti dan imej YB Mohd. Redzuan selaku menteri Kabinet dan adalah suatu bentuk polemik untuk menjatuhkan beliau.”

ENDS.

Show More

Related Articles

Back to top button