Politik

UMNO beri laluan 30 kerusi kepada DAP demi menang besar dalam PRN?

Ada aktivis politik dalam nada guraunya berpendapat, UMNO harus beri laluan 30 kerusi kepada DAP di enam negeri yang bakal menjalani Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Tambahan pula dari segi kuantiti, DAP sememangnya lebih besar daripada UMNO dalam Kerajaan Perpaduan kerana memiliki 40 kerusi yang solid dan tidak boleh dipertikaikan.

Dengan pemberian 30 kerusi itu kepada DAP juga, Kerajaan Perpaduan mampu menang besar kerana orang-orang Melayu sendiri tidak berminat mengundi UMNO.

Sebaliknya orang-orang bukan Melayu khususnya sedia mengundi DAP bagi mendapatkan kuasa, mungkin sehingga mampu meminda Perlembagaan Negara.

Jika tidak meminda Perlembagaan Negara sekali pun, mungkin boleh mencadangkan idea sup babi atau bak kut teh dijadikan makanan warisan negara yang majoritinya orang-orang beragama Islam.

Namun awas.. Islam yang mana? Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, banyak menegaskan Islam di Tanah Melayu harus berpaksikan Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Wal Maturidiyah.

Namun awas.. berapa ramai orang-orang dalam UMNO sendiri cakna akan hal ini kerana langsung tidak berbunyi perkara ini dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.

Namun awas.. sila sambung sendiri..

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button