Mahkamah

Penganggur didakwa bunuh lelaki

SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai runcit pada 8 Oktober lalu.

Tertuduh, V.Yuvandran, 41, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, menurut laporan BERNAMA.

Yuvandran didakwa membunuh mangsa, S.S Ragu, 52, di hadapan kedai runcit, di Flat Sri Sabah 3B, Batu 3 1/2 Jalan Ikan Ayu, Cheras, Kuala Lumpur antara pukul 1.45 tengah hari hingga 2 petang pada 8 Oktober lalu.

Yuvandran dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam Vincent Chew.

Mahkamah menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan semula kes. – SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button