Politik

UMNO Bahagian Bandar Tun Razak nafi banner tuntut Presiden letak jawatan perbuatan mereka

UMNO Bahagian Bandar Tun Razak hari ini menafikan sekeras-kerasnya tentang banner atau kain rentang yang dipasang tertera desakan agar Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Dalam satu tangkap layar catatan oleh Rizalman Mokhtar, terdapat beberapa keping banner yang telah dipasang di sekitar Bandar Tun Razak yang kononnya dari UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, mendesak YB DS Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Dalam tangkap layar yang sama dan dikongsi dalam grup WhatsApp, UMNO Bahagian itu menafikan dan tidak langsung terlibat dalam usaha pihak tertentu yang cuba menjatuhkan Presiden UMNO dengan kaedah di luar peradaban dan teika parti.

“Laporan polis telahpun dibuat oleh Saudara Maizeed Othman, Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Bahagian Bandar Tun Razak bagi membolehkan pihak polis menyiasat perkara tersebut,” catatan dalam tangkap layar.

Sejak kebelakangan ini, terdapat gerakan yang mendesak Ahmad Zahid agar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Desakan itu dikatakan datangnya dari akar umbi yang merujuk kepada ahli-ahli dalam parti.

Retorik politik yang berlaku dalam UMNO sebenarnya mengundang rasa tidak senang rakyat yang lebih menuntut agar para pemimpin parti, fokus kepada usaha untuk membantu ekonomi rakyat dalam keadaan pandemik Covid-19 gelombang ketiga yang melanda negara. – SM

 

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button