Politik

UMNO ada 3,292,667 ahli – Annuar

JUMLAH Ahli UMNO di seluruh negara yang terkini ialah 3,292,667, kata Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, itu membuktikan UMNO adalah sebuah parti akar umbi  dan juga parti rakyat.

Beliau berkata, angka itu telah ditolak anggota UMNO yang menyokong parti lawan telah dinyahkan melalui proses pemutihan.

“UMNO mahukan kesetiaan, yang belot telah dinyahkan. Lantaran itu, UMNO telah melaksanakan proses pemutihan keahlian yang bermula pada Oktober 2018 dan berakhir pada 15 Februari 2019,” katanya dalam laporan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang berlangsung hari ini.

Jelasnya, pemutihan keahlian UMNO melibatkan pembersihan hampir 10 peratus ahli dengan dua peratus dikesan menjadi ahli parti lawan empat peratus menyokong parti lawan tidak setia semasa PAU lalu, empat peratus ahli meninggal dunia.

“Setelah melalui pelbagai proses termasuklah pemutihan, dilaporkan sehingga ke tarikh 5 Disember 2019, jumlah ahli biasa UMNO ialah 3,292,667 ahli sementara jumlah bilangan cawangan UMNO ialah 22,156 cawangan.

“Pelancaran portal pendaftaran ahli UMNO secara Online telah dilakukan pada 6 Mei 2019. Hasilnya sehingga kini seramai 11,363 orang telah mendaftar masuk,” katanya. – SM

(Visited 682 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button