NasionalNegeri

Ujian Covid-19 percuma di Kuala Lumpur mulai Jumaat ini

PENDUDUK di Kuala Lumpur boleh menjalani ujian saringan Koronavirus (Covid-19) secara percuma mulai Jumaat ini.

Program ujian saringan menggunakan kaedah Kid Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) itu akan dilaksanakan di beberapa perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

Selain itu, dua pusat ujian secara pandu lalu juga akan dibuka bagi memudahkan orang awam menjalani ujian Covid-19 secara terus dari kenderaan.

“Kita sedang berkerja keras untuk memastikan mulai 7 Jun , kita memulakan pemberian ujian saringan Covid-19 (RTK-Ag) secara percuma kepada warga Wilayah Persekutuan.

“Selain dari PPR atau PA ke PPR atau PA, dua pusat ujian secara pandu lalu sedang di rancang.”

Demikian ciap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, dalam Twitternya petang tadi.

Usaha itu dilaksanakan selepas berlaku peningkatan harian kes Covid-19 yang menyumbang kepada kes kumulatif di seluruh negara.

Tambah Annuar, program tersebut akan diteruskan sepanjang bulan itu, malah jumlah pusat ujian saringan juga akan ditambah pada 15 Jun. – SM

(Visited 495 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button