KesihatanNasional

Saringan Kesihatan Kebangsaan bakal bermula Julai – Khairy Jamaluddin

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan Julai ini untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Kementerian menyasarkan untuk menyediakan 1.5 juta orang berumur 40 tahun ke atas, yang tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan, dengan pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk ujian FOCB untuk kanser kolorektal dan saringan kanser payudara di klinik awam dan swasta.

“Kita kini perlu melihat banyak prosedur perubatan dan pembedahan yang tertunda sejak dua tahun lepas dan salah satunya adalah pemeriksaan kesiahatan. Jumlah saringan kesihatan kita sejak dua tahun lepas memang menurun,” katanya semasa berucap pada Sesi Ke-75 Meja Bulat Strategik Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) mengenai Sains Tingkah Laku untuk Kesihatan Lebih Baik di Geneva, Switzerland pada Jumaat.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), satu daripada lima orang dewasa atau 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes; tiga daripada 10 atau 6.4 juta orang mempunyai tekanan darah tinggi; dan empat daripada 10 orang atau lapan juta orang mempunyai kolesterol tinggi.

Khairy juga berkata Kementeriannya sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk NCD, termasuk tempahan temu janji pemeriksaan kesihatan.


Sementara itu, Khairy juga menegaskan bahawa sains tingkah laku kini merupakan barisan pertahanan pertama dalam sistem kesihatan Malaysia kerana ia memainkan peranan besar dalam memerangi pandemik Covid-19.

Khairy, yang dilantik sebagai naib presiden WHA ke-75, berkata pelaburan dalam unit tingkah laku adalah penting bagi setiap Kementerian, organisasi atau kerajaan untuk mengumpul data. Kementerian, tambahnya, beliau telah menubuhkan unit baharu yang memberi tumpuan kepada dorongan tingkah laku iaitu Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IHBR).

Beliau juga berkongsi pengalaman dan kejayaan Malaysia tentang bagaimana sains tingkah laku menyokong tindak balas negara terhadap Covid-19 dan menyentuh tiga fokus utama sains tingkah laku, kepercayaan dan komunikasi yang jelas; menyampaikan arahan yang boleh diambil tindakan oleh mereka dalam bentuk dorongan.

WHA, badan pentadbir utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ialah acara tahunan yang menghimpunkan Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pakar Industri, untuk mencapai kata sepakat mengenai pelaksanaan dasar, program, hala tuju WHO, komitmen dan strategi baharu mengenai penjagaan kesihatan. – SM

Baca artikel ini > Khairy ketuai delegasi Malaysia ke WHA75 di Geneva

(Visited 55 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button