Nasional

Warga Singapura Siap Guna Jack Untuk Sengetkan Kereta Demi Isi Minyak

Siap guna jack untuk sengetkan kereta demi isi minyak? Ini bukan cerita kelakar kerana ia benar-benar terjadi!

Bermula 1 April baru-baru ini, sempadan negara termasuk Johor dan Singapura telah dibuka.

Kita menyaksikan ribuan rakyat Malaysia yang tersangkut di sana pulang ke tanah air.

Begitu juga dengan warga Singapura yang menunggu untuk pulang, keadaannya amat mengharukan.

Namun demikian di sebalik semua kemeriahan ini, lensa netizen terakam satu aktviti yang dirindui.


Ia berkait dengan aktiviti warga Singapura yang mengisi minyak kereta di sekitar Johor.

Seorang lelaki dipercayai pemilik kenderaan terbabit siap guna jack untuk sengetkan kereta.

Tujuannya mahu mengisi minyak penuh-penuh dan ragamnya itu menimbulkan rasa lucu.

Perlukan sampai sengetkan kereta sampai seperti itu? Apa komen anda?

(Visited 779 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button