fbpx
Nasional

UEC mesti ditentang – Rais

SIJIL Peperiksaan Bersepadu (UEC) mesti ditentang kerana ia akan mewujudkan persaingan hebat dengan sistem pendidikan kebangsaan.

Tokoh budayawan Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, melaksanakan UEC bermakna mewujudkan dua jurusakn sistem persijilan pelajaran di Malaysia.

UEC pula tetapkan berasaskan pendidikan swasta tionghoa walaupun dimasukkan kandungan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Dr. Rais Yatim
Dr. Rais Yatim

“UEC ialah rentasan untuk mengadakan dua jurusan sistem persijilan pelajaran di Malaysia.

“UEC berasaskan pendidikan swasta Tionghoa walaupun ada kandungan bahasa Malaysia dan Inggeris.


Akan ada persaingan hebat antara sistem Kebangsaan dn UEC yangg dipelupori DAP, Dong Ziong dan lain-lain. Mesti tentang,” kata Dr. Rais dalam hantara di twitternya.

UEC merupakan Sijil Peperiksaan Bersama yang diwujudkan oleh Dong Jio Zong atau Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina sejak tahun 1975. Ia digunakan di Sekolah Persendirian Cina di Malaysia.

BACA ARTIIKEL: Dunia kalut coronavirus, DAP sibuk ‘iktiraf’ UEC

BACA ARTIKEL: UEC akibatkan sistem pendidikan lemah longlai

Sukatan mata pelajaran UEC berasal sepenuhnya dari Taiwan dan dikelolakan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Terdapat tiga tahap dalam UEC iaitu vokasional (UEC-V), junior (UEC-JML/JUEC) dan senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML

Pakatan Harapan pada PRU-14 melalui manifesto mereka berjanji melalui Janji 50: Mengembalikan Wibawa University Awam dan Pengajian Tinggi, mahu mengiktiraf UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki isntitusi-institusi pengajian tinggi awam dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajran Bahasa Melayu peringkat SPM.

Pada 2 Januari lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, beliau akan kehilangan kepercayaan pengundi jika kerajaan tidak dapat mengotakan janji dalam manifesto untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Nie Ching berkata, keadaan itu juga bermakna beliau boleh “henti bekerja dan balik ke rumah” jika UEC tidak diiktiraf.

Nie Ching juga meminta diberi lebih banyak masa selain memohon kesabaran orang ramai dalam soal itu terutamanya kerana pengendalian isu iu tidak menepati jangkaan pihak berkenaan.

Beliau dipetik Nanyang Siang Pau sebagai berkata demikian dalam satu sesi dialog mengenai Bajet 2020 anjuran DAP cawangan Selayang Jaya- SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button