Nasional

Tujuh lagi kes positif koronavirus disahkan babitkan warga tempatan

KEMENTERIAN Kesihatan semalam mengesahkan tujuh lagi kes positif koronavirus atau

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

COVID-19 membabitkan warga tempatan, menjadikan jumlah terkini kes sehingga petang ini menjangkau 36.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kes baharu itu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Feb lepas.

Beliau berkata kes ke-30 membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 12 Feb.

“Beliau telah pulang pada 16 Feb. Kes tidak mempunyai sebarang gejala sebelum ini. Kes dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan kes disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu kes ke-31 adalah seorang lelaki berusia 50 tahun, namun lelaki itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Individu itu dilaporkan mempunyai gejala pada 26 Feb, dan kes dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak, dan disahkan positif COVID-19 juga pada 2 Mac.

Kes ke-32 pula membabitkan seorang wanita berusia 43 tahun dan wanita itu juga  tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

“Kes telah dilaporkan mempunyai gejala pada 27 Feb, seterusnya dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, kes ke-33 melibatkan seorang lelaki Malaysia berusia 58 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching, Sarawak bagi menghadiri mesyuarat pada 16 Feb, dan kes dikesan semasa semasa aktiviti pengesanan kontak dan disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata kes ke-34 adalah seorang lelaki Malaysia berusia 40 tahun yang merupakan seorang paramedik di sebuah hospital, yang memberi rawatan kepada kes ke-26.

“Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan disahkan positif COVID-19 hari ini (3 Mac),” katanya.

Bagi kes ke-35, ia melibatkan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 31 Jan lepas, dan pulang ke tanah air pada 16 Feb; dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak, dan disahkan positif COVID-19 hari ini (3 Mac).

Seterusnya, kes ke-36 melibatkan seorang lelaki Malaysia berusia 49 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir pada 23 Jan dan pulang ke Malaysia pada 1 Feb.

“Kes tidak mempunyai sebarang gejala, dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac,” katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan daripada jumlah kes baharu itu, enam kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, manakala satu kes (kes-32) dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur, dan menurutnya semua kes dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa, malah aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes ke-26 dan kes-kes baru yang dilaporkan itu masih berterusan,” katanya dan menambah, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai COVID-19 melalui laman sesawang KKM.  – BERNAMA

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button