Politik

Tubuhkan tribunal siasatan demi keadilan Najib Razak – Isham Jalil

SATU tribunal kehakiman wajar ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas keadilan dan mengelakkan penganiayaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, perkara ini berdasarkan peruntukan dalam Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan ke atas salah laku hakim.

“Saya ingin menyarankan untuk tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan supaya kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Anwar melihat semula tentang penglibatan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada tahun 2010 dan bagaimana fakta ini menyebabkan ketidakadilan ke atas Datuk Seri Najib dalam penghakiman ke atasnya,” kata Isham dalam kenyataannya, hari ini.

Berikut adalah catatan Isham seterusnya.

Hakim Mohd Nazlan sebelum ini tidak pernah mendedahkan bahawa beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank antara 2006 hingga 2015 dan dia juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010 walhal

Maybank mempunyai peranan dalam penubuhan SRC.

Ini memberi asas kepada mana-mana pihak yang rasional bahawa Hakim Nazlan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka kerana penglibatan beliau dengan Maybank yang terlibat dengan penubuhan SRC.

Maybank pernah menasihati 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik.

Fakta berkenaan penglibatan Hakim Nazlan ini boleh menyebabkan penghakimannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berat sebelah dan bias.

Walaupun tindakan Hakim Nazlan yang tidak menyatakan penglibatannya dengan Maybank ini mungkin tidak sampai ke tahap jenayah.

Namun ia besar kemungkinan melanggar etika hakim dan adalah asas yang kuat untuk kes SRC Datuk Seri Najib dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias supaya keadilan dapat ditegakkan untuk semua. – SM

BACA Selok belok pengampunan dan pemenjaraan Najib Razak

BACA Semua saluran rayuan Najib Razak dah guna…

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button