Politik

Sekiranya UMNO-BN mahu menang PRU15, jangan ada “proxy fight”

Jangan lawan menggunakan suara-suara ghaib

SETIAP malam kedengaran FB Live oleh Lokman Adam mengkritik, mencemuh, mengata, membalun dan menghina Perdana Menteri, Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Ismail Sabri.

Hari ini, rata-rata Netizen dan Rakyat mengambil ketetapan membuat *NEWS BLACK-OUT* kepada Siaran Live ataupun video Tik Tok Lokman Adam.

2. Netizen sudah fed-up dan cemuh serta getik tengok Lokman menghina Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Lokman bukan sahaja kritik tetapi Lokman menghasut agar Presiden dan Ahli-Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap PM Ismail Sabri, memberi gambaran seolah-olah PM ini seorang pengkhianat.

3. Rakyat bukan bodoh. Rakyat sudah pandai menilai antara Kerajaan PH selama 22 bulan.

Kerajaan PN selama 17 bulan.

Dan Kerajaan Campuran Keluarga Malaysia pimpinan PM Ismail Sabri selama 13 bulan.

Ketika PM Ismail Sabri jadi Perdana Menteri ;

(i). Bantuan kewangan Keluarga Malaysia dinaikkan.

(ii). Bantuan banjir terbesar diberikan kepada mangsa banjir.

(iii). Peniaga-peniaga yang menjadi mangsa banjir (kedai dan perniagaan terkena banjir), diberi peruntukan RM3,000-00 secara one-off untuk membantu mereka memulihkan perniagaan mereka melalui TEKUN dan Menteri Usahawan, Tan Sri Noh Omar.

(iv). Gaji dan elaun penjawat awam dinaikkan.

(v). Elaun pelajar-pelajar MARA didalam dan luar negara dinaikkan, melalui Menteri Luar Bandar, Tok Det.

(vi). Perlbagai bantuan lain, sebagai contoh subsidi berjumlah RM77 bilion untuk memastikan kos sara hidup berada di paras yang melegakan rakyat.

(vii). Paling penting, Subsidi Minyak Petrol dan Diesel, untuk memastikan Kos Pengangkutan tidak naik.

Harga barang keperluan tidak naik.

Kos rakyat mahu pergi kerja tidak naik.

RON 95 kekal berada pada harga RM2-05 per litter (07 September).

Di Jakarta, demostrasi jalanan berlaku membantah harga minyak petrol naik mendadak.

Presiden Jokowi yang memerintah Negara Indonesia selama 8 tahun dan akan berakhir pada tahun 2024, kini digelar sebagai *PRESIDEN DAN KERAJAAN YANG GAGAL.*

4. Kemarahan Netizen terhadap Lokman Adam, tidak dapat dibendung hari ini, apabila video Live Lokman keluar menghasut agar Parti UMNO menarik balik sokongan terhadap PM Ismail Sabri di Parlimen, agar Kerajaan ini jatuh dan PRU dipaksa diadakan segera.

Inilah *KERJA GILER*, bekas Ahli MKT UMNO Malaysia, yang terlebih bijak mahu menjatuhkan seorang Perdana Menteri dari Parti Melayu, Parti UMNO.

5. Ini satu kerja giler yang tidak perlu disokong malahan perlu ditolak oleh Ahli-Ahli Parlimen serta Ahli-Ahli MKT UMNO Malaysia.

Lokman Adam pada suatu ketika dahulu, pagi, petang, siang dan malam, kritik, menghina, mengata, balun dan menghina Presiden UMNO Malaysia, Dato’ Seri Zahid Hamidi sehinggakan Lokman Adam dipecat dari menjadi Ahli UMNO. Dengan automatik, jawatan Lokman sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO gugur.

Ketika itu, tak tahulah kenapa Lokman balun Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

Tak tahu apa yang Lokman tak dapat ?

6. Terkini, keahlian Lokman diterima semula oleh UMNO Malaysia.

Tak tahu pula, apa yang Lokman tak dapat dari Perdana Menteri sehinggakan setiap malam Lokman balun PM.

7. Yang penting, Netizen mahu lihat, janganlah Lokman dipergunakan sebagai Kuda Trojan untuk membalun PM Ismail Sabri, sebagai satu usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perdana Menteri.

Ini satu kerja yang berniat jahat dan seharusnya diberhentikan.

*PROXY FIGHT* (Lawan menggunakan pihak ke 3), adalah satu langkah yang salah dan memburukkan imej Pemimpin dan Parti UMNO di mata Rakyat dan Pengundi.

Keahlian Lokman Adam perlu dilihat semula. – SM

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button