Nasional

Tolong selamatkan anak saya, rayu ibu Nagaentran

PETALING JAYA: Ibu kepada Nagaenthran K Dharmalingam, yang dijadualkan dihukum gantung di Singapura pada Rabu kerana mengedar dadah, telah membuat rayuan penuh semangat untuk menyelamatkan anaknya.

“Nagaentran. Selamatkan dia. Barulah ada kelegaan. Maaf, dia telah melakukan kesalahan. Semua orang tolong bantu,” kata Panchalai Supermaniam dalam bahasa Melayu dalam video pendek.

Video oleh pertubuhan hak asasi manusia Reprieve, telah disiarkan di Facebook oleh peguam Singapura M Ravi, yang telah memberikan bantuan teknikal kepada peguam Nagaenthran, Violet Netto.

Keluarga Nagaentran dari Perak, diberitahu semalam dia akan dihukum gantung Rabu depan selepas kalah dalam rayuan terakhirnya.

Nagaenthran, 34, yang cacat mental, telah ditangkap pada 2009 kerana mengedar 42.72gm heroin ke negara kota yang mempunyai beberapa undang-undang dadah paling keras di dunia, dan telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun berikutnya.

Kakaknya, Sarmila Dharmalingam, memberitahu bahawa ahli keluarga, termasuk ibu dan tiga adik-beradiknya, akan pergi ke Singapura untuk melihatnya.

Semalam, Ravi menggesa Putrajaya membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan pelaksanaan hukuman itu.

Beliau berkata walaupun Singapura tidak diwajibkan mengikut arahan ICJ, ada kemungkinan ia akan berbuat demikian dalam kes ini.

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button