Nasionalpilihan

Sindiket penipuan libatkan kerugian lebih setengah juta tumpas

POLIS menumpaskan satu sindiket penipuan yang sudah beroperasi selama tiga bulan dengan melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM595,122.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, sindiket tersebut ditumpaskan dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah premis di Jalan Kuchai Lama, semalam.

“Sebelum ini, kita telah menerima laporan berkenaan kes penipuan panggilan daripada pihak insuran yang menyatakan bahawa pengadu telah membuat tuntutan palsu bernilai RM78,800.

“Pengadu juga dikatakan terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram dan diminta untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun bagi membersihkan namanya.

“Pengadu yang menyedari dirinya cuba ditipu kemudian telah membuat satu laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan (cubaan tipu),” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak

Menurut Mohd Mahidisham, dalam serbuan tersebut, empat individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 26 hingga 39 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes tersebut.

Jelasnya, selain tangkapan, pihaknya turut merampas 25 buah telefon bimbit dan tiga laptop pelbagai jenama.

Tambahnya, tangkapan tersebut juga dipercayai berjaya menyelesaikan lima kes dan kesemua mereka ditahan reman sehingga esok. -SM

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button