Nasional

Balik kampung untuk sambut Aidilfitri tidak dibenarkan

SEMUA majlis sosial termasuk balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri hujung bulan ini tidak dibenarkan bagi membendung Covid-19.

Walaupun kerajaan sudah membenarkan hampir semua idustri ekonomi kembali beroperasi mulai 4 Mei ini, namun hal-hal yang membabitkan perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan.

Jadi, selain kekal tiada bazar ramadan dan bazar jualan Aidilfitri, orang ramai juga tidak dibenarkan pulang berhari raya di kampung.

Begitu juga dengan majlis sosial seperti yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai. Semuanya tidak dibenarkan.

Begitu juga dengankonsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

aidilfitri
Muhyiddin Yassin

“Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan.

“Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan,” tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutuan khas sempena Hari Pekerja sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara.

Senarai itu kata beliau, akan disemak dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan keskes jangkitan COVID-19.

Katanya, selain daripada senarai yang tidak dibenarkan, semua sektor perniagaan dan industri, sektor awam dan sektor sosial adalah dibenarkan untuk beroperasi.

Tetapi, katanya, mereka tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan semasa serta SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“SOP ini termasuk penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai topeng muka, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19, keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan, bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial dan menggalakkan transaksi secara online,” katanya. – SM

(Visited 707 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button