Nasional

Kenapa Jalan Melayu, KL mesti selekeh?

Annuar Musa mahu DBKL menaik taraf dan mengindahkan Jalan Melayu serta merta

SUASANA persekitaran Jalan Melayu yang terletak di ibu negara akan dinaik taraf dan diperindahkan.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, jalan itu satu-satunya di Kuala Lumpur yang menggunakan perkataan Melayu.

Namun persekitaran kawasan tersebut begitu selekeh, tidak kemas malah tidak mempunyai identiti Melayu. Sedangkan jalan lain di sekelilingnya sudah cantik termasuk Jalan Masjid India.

Justeru Annuar telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (BDKL) untuk menaik taraf kawasan di sekitar jalan tersebut dan selepas itu membenarkan perniagaan dijalankan di situ.

“Saya dan Datuk Bandar melawati Jalan Melayu, Kuala Lumpur. Satu-satunya nama Jalan Melayu tapi kenapa mesti selekeh, tak kemas dan tiada identiti Melayu.

“Jalan Masjid India sebelahnya sudah cantik. Saya mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta-merta naik tarafkan dan indahkan Jalan Melayu KL dan izinkan peniaga berniaga di situ,” kata Annuar.

Garisan merah menunjukkan kedudukan Jalan Melayu.

Jalan Melayu adalah sebatang jalan kecil lebih kepada lorong yang menghubungkan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman. Jalan tersebut juga terletak berhapiran Jalan Tun Perak.

Kawasan itu dahulunya merupakan penempatan orang Melayu dan disebabkan itu ia dinamakan sebagai Jalan Melayu.

Menurut buku Kuala Lumpur Street Names yang ditulis oleh Mariana Isa dan Maganjeet Kaut dan diterbitkan oleh Marshall Cavendish pada 2015 dahulunya terdapat sebuah sekolah Melayu dibina antara Jalan Melayu dan Jalan Masjid India.

Sekolah tersebut dibina pada 1888 dan kemungkinan sekolah Melayu pertama dibina di Kuala Lumpur.

Jalan Melayu antara kawasan yang menjadi tumpuan di ibu negara setiap kali hari raya menjelang. Ini kerana di kawasan berhampiran terletak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan untuk keperluan hari raya termasuk baju Melayu dan baju kurung dan aksesori lain.-SM

 

(Visited 509 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button