Nasional

Belanjawan 2021: 10 cadangan UMNO kepada Tengku Zafrul

UMNO menyerahkan 10 cadangan kepada Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2021.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, cadangan itu bagi memastikan peningkatan aliran tunai rakyat yang mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi ketika negara berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19

Perbincangan berlangsung lebih satu jam dari pukul 10 hingga 11.45 pagi.

“Beliau kelihatan cukup positif dan memberikan jaminan untuk mengambil serius apa yang dibangkitkan kerana semuanya menyentuh soal realiti kesempitan dan kesusahan rakyat ketika ini termasuk isu KWSP, lanjutan moratorium, pembuangan kerja dan belia menganggur,” kata Asyraf Wajdi.

Antara cadangan termasuk membenarkan rakyat mengelurkan wang dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekurang-kurangnya RM5,000.

10 cadangan UMNO sempena Belanjawan 2021

1. Lanjutan tempoh morotarium secara pukal untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan lagi.

2. Memberi kebenaran untuk pengeluaran Akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM5000

3. Yuran percuma kepada para pelajar Universiti Awam oleh kerana tiada sesi pengajaran dan pembelajaran di kampus Universiti.

4. Bantuan Bulanan E-Wallet sebanyak RM50 sebulan selama 12 bulan kepada pelajar Universiti Awam dan Swasta untuk pembelian data telefon mudah alih bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian (on-line)

5. Bayaran khas sekurang-kurangnya RM500 kepada ibu-bapa bagi meringankan perbelanjaan sesi persekolahan tahun 2021.

6. Melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN hingga Disember 2021. Rebate tunai sebanyak 30 peratus bagi peminjam PTPTN yang terus membayar pinjaman sepanjang wabak COVID 19.

7. Melonggarkan syarat pinjaman serta memudahkan proses pinjaman perniagaan di Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp atau mana-mana agensi berkaitan untuk peniaga kecil dan sederhana (PKS). Kerajaan disarankan untuk memberi bantuan geran RM 5000 kepada syarikat yang berkelayakan melalui Geran Khas Prihatin Perniagaan (GKP).

8. Insentif subsidi upah RM600 sebulan selama 12 bulan kepada syarikat yang menggaji graduan dan belia yang di ambil bekerja.

9. Meningkatkan geran reskilling kepada pekerja sektor pelancongan (perhotelan, penerbangan, dan lain-lain) untuk membantu mendapat pekerjaaan sektor lain.

10. Bayaran khas bulanan kepada penjawat awam barisan hadapan (frontliners) sehingga berakhirnya pendamik Covid-19 atau berada di tahap minimum.-SM

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button