Nasional

Tingkatkan kolaborasi antara agensi, jayakan inisiatif bantu rakyat – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meminta semua agensi dan pihak berwajib untuk terus mempertingkatkan lagi segala kolaborasi dan perkongsian kepakaran dalam menjayakan pelbagai inisiatif bagi membantu meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat.

Titah baginda, perkongsian kepakaran dalam proses libat urus samada bersifat khusus atau umum perlu menjadi agenda utama dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Demikian titah baginda menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menerima sembah mengadap oleh Zulkefli Sedek, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Perlis yang baharu  dilantik pada 15 Disember 2020 yang lalu di Bilik Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Jejawi.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau, Abd Rahim Ahmad.

Dalam program berasingan baru-baru ini pula, anakanda-anakanda baginda iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail telah berkenan meluangkan masa mengadakan kunjungan ke Pusat Giat Mara yang terletak di Kawasan Perindustrian Jejawi, dekat Kangar beroperasi sebagai penyedia latihan kepada pelbagai kursus yang memanfaatkan rakyat di negeri ini.


(Visited 255 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button