Nasionalpilihan

Terima rumah bernilai RM1 juta, Tiga termasuk dua pegawai daerah ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan dua orang bekas Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perbandaran di Selangor kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor projek dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.

Menurut sumber, kedua-dua YDP tersebut yang kini memegang jawatan Pegawai Daerah (DO) berusia 47 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberikan keterangan lewat malam tadi.

“Seorang kontraktor yang terlibat juga turut ditahan bagi membantu siasatan kerana merasuah kedua-dua saspek bagi membolot projek-projek yang ditawarkan di dua majlis perbandaran yang diketuai kedua-dua YDP tersebut.

“Kontraktor terbabit berusia 42 tahun dipercayai mengawal 16 syarikat yang didaftarkan atas nama saudara dan pekerja-pekerja beliau bagi mendapatkan projek-projek di dua Majlis Perbandaran tersebut.

“Dianggarkan projek-projek yang dimonopoli mencecah jutaan ringgit sejak tahun 2018 hingga 2021,” katanya.

Sumber juga menjelaskan bahawa bagi setiap projek yang diperolehi, kedua-dua bekas YDP tersebut menerima habuan rasuah sebanyak 5 peratus dari nilai projek.

Selain itu, sumber memberitahu pelbagai bentuk suapan rasuah telah diberikan kepada kedua-dua suspek termasuk sebuah rumah bernilai RM1 juta, wang tunai berjumlah RM500,000 dan pakej pelancongan ke Eropah bagi meluluskan kebenaran merancang dan pembangunan milik sebuah syarikat pemaju perumahan.

“Beberapa siri serbuan telah dibuat di sekitar selangor sejak awal pagi semalam,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan.

Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Ketiga-tiga yang ditahan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya. Shah Wira Abdul Halim pagi ini dan diluluskan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah sebanyak 6 hari bermula 23 Julai 2021 hingga 28 Julai 2021. -SM

(Visited 1,793 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button