Nasionalpilihan

Konsep Kerajaan Perpaduan berada di landasan betul

Kerajaan Perpaduan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di landasan yang betul dan diterima oleh rakyat hingga ke akar umbi ke seluruh negara.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin berkata, Perdana Menteri sangat komited dan berusaha sedaya upaya untuk memberikan fokus kepada kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, usaha itu dapat dilihat apabila Anwar mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan dari 17 April kepada 14 April ini.

Shamsul Iskandar Md. Akin menerima t/shirt Belia Madani Tangga Batu selepas merasmikan Butik Rakyat Rahmah 4.0 di RUTC, Klebang Besar, Melaka

“Ini adalah petunjuk bahawa sekarang ini Kerajaan Perpaduan berada di landasan yang betul. Kita akan terus bekerja membantu rakyat, mengembalikan maruah negara dan mengembalikan ekonomi negara.

“Kita harap sentimen seperti ini terus dihayati dan diamalkan oleh rakyat hingga ke peringkat akar umbi.

“Ini amat penting kerana kita kemukakan gagasan dan Perdana Menteri telah tunjukkan kepimpinan parti-parti yang lain dengan mewujudkan Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2 serta pelantikan menteri kabinet,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan selepas merasmikan Butik Rakyat Rahmah 4.0 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC) Klebang Besar di sini malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Phoay Tiong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Datuk Mohd. Yusof Abu Hassan.

Mengulas mengenai konsep Butik Rakyat Rahmah 4.0 Shamsul Iskandar berkata, ia wajar dicontohi dan dibuka ke seluruh negara kerana ia menepati konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Menurutnya, inisiatif yang diperkenalkan Mohd. Yusof adalah langkah paling terbaik dan perlu dicontohi kerana dapat membantu rakyat yang memerlukan.

“Saya ambil kesempatan mengalu-alukan di tempat lain juga dan ini bukan sekadar berlaku di Melaka sahaja untuk buka butik rakyat mengikut konsep memberi pakaian secara percuma.

“Mungkin butik rakyat ini boleh dibuka di Selangor, Johor dan sebagainya. Saya percaya inisiatif ini berjalan dan kalau boleh ia diuar-uarkan supaya lebih banyak penyumbang dan dermawan,” ujarnya.

Katanya, beliau akan memaklumkan kepada Perdana Menteri berhubung konsep yang diperkenalkan ini yang sudah pasti akan mendapat sokongan dan dokongan daripada kementerian-kementerian berkaitan.- SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button