Nasional

Tindakan tegas bakal diambil terhadap pusat refleksologi Kedah yang langgar syarat perlesenan

KERAJAAN Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap pusat refleksologi termasuk menutup operasinya jika mereka melakukan aktiviti yang melanggar syarat pelesenan, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan negeri semalam dan pihak berkuasa tempatan serta agensi penguatkuasaan lain akan memantau aktiviti mereka bagi memastikan mereka mematuhi peraturan itu.

“Sekiranya pemantauan pihak berkuasa tempatan, polis, Jabatan Imigresen dan kerajaan negeri sendiri menunjukkan pusat-pusat ini masih terlibat dalam aktiviti terlarang, lesen mereka tidak akan diperbaharui dan pusat itu akan ditutup.

“Kita akan lihat apakah peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menghentikan pengeluaran lesen kepada pusat seperti itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini semalam.

Muhammad Sanusi juga berkata semua aktiviti berunsur hiburan di negeri ini termasuk di institusi pengajian tinggi adalah di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan memerlukan lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata beliau telah meminta penasihat undang-undang negeri untuk mengemukakan garis panduan mengenai tugas anggota Exco kerajaan negeri selepas DUN dibubarkan.

“Penasihat undang-undang negeri telah diminta untuk menyatakan apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan sementara, dan kami akan mengarahkan semua Exco negeri memulangkan kenderaan rasmi mereka,” kata Muhammad Sanusi, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Kedah.

Muhammad Sanusi berkata 25 Jun ini kekal sebagai tarikh bagi baginda mengadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapatkan perkenan baginda membubarkan DUN pada tarikh yang dicadangkan.-SM

Baca juga : PM Anwar berjumpa Gabenor Bank Negara yang baharu

(Visited 30 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button