Politik

Tidak sesuai Anwar timbulkan masalah ketika Agong dirawat

PENGUMUMAN Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen disifatkan sebagai tindakan untuk mensabotaj kestabilan negara.

Menurut Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar merupakan tanda Ahli Parlimen Port Dickson itu beliau sudah melupakan kepentingan rakyat.

Wab Saiful berkata, ketika ini pada waktu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasukkan ke dalam hospital bukan masa yang sesuai bagi Anwar untuk mewujudkan masalah politik dalam negara.

“Seluruh negara maklum bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedang menerima rawatan di IJN. Tambahan pula rakyat sedang menghadapi cabaran ekonomi disebabkan pandemik Covid-19.

“Tumpuan kita seharusnya mendoakan kesihatan Yang di-Pertuan Agong dan juga menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat,” kata Wan Saiful.

Tindakan Anwar menunjukkan pihak pembangkang bukan sahaja tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong malahan juga tidak menghiraukan kesusahan rakyat dan kehendak rakyat yang mahukan kestabilan.

“Ironisnya, tatkala YAB Perdana Menteri mengumumkan bagaimana mahu membantu rakyat, hari yang sama juga dipilih oleh Datuk Seri Anwar untuk menggugat kestabilan negara,” kata Wan Saiful kesal.

Beliau berkata, seluruh ahli Parlimen dan jentera BERSATU semua peringkat memegang tekad untuk bersama-sama Tan Sri Muhyiddin yang memberi fokus kepada usaha memulihkan ekonomi dan membantu rakyat.

Wan Saiful menyeru semua pihak menolak mana-mana ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan mensabotaj usaha pemulihan ekonomi negara demi kepentingan peribadi.

Anwar dalam sidang akhbar khas hari ini mendakwa mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Menurut Presiden PKR itu beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi semalam, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Alhamdulillah. Kini saya mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ingin saya nyatakan, majoriti yang menyokong juga adalah dalam kalangan Melayu dan Islam.

“Secara konklusifnya, (jumlah majoriti) kuat dan kukuh. Saya tidak bercakap mengenai empat, lima, enam (Ahli Parlimen) tapi lebih daripada itu.

“Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas menghadap Agong dalam masa terdekat, insya-Allah,” kata Anwar.-SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button