Politik

UMNO telah dapat terima hakikat dan `move on’

ESOK adalah hari terakhir perhimpunan agung UMNO 2019. Nada ucapan presiden, ucapan timbalan presiden dan para pembahas sangat berbeza berbanding ucapan pada perhimpunan yang lepas-lepas.

Nampaknya UMNO telah menerima hakikat kekalahan dan telah move on serta bersedia untuk mengambil alih Putrajaya.

Yang aneh Pakatan Harapan setakat ini belum lagi settle down walaupun telah 18 bulan menjadi kerajaan.

Perkara itu mudah difahami kerana di dalam UMNO sarat dengan pemimpin yang berpengalaman, bukan sahaja bekas menteri, bahkan bekas perdana menteri dan bekas timbalan perdana menteri juga di dalam parti berkenaan.

Lebih membanggakan apabila lebih 3 juta ahli peringkat akar umbi tetap bersama parti berkenaan walaupun dalam keadaan yang getir ini.  Walaupun ketika sejumlah pemimpin mereka melompat ke bahtera lain demi kepentingan peribadi.

Akhirnya pemimpin berkenaan  yang dipinggirkan oleh para penyokongnya sendiri.

UMNO juga telah menerima hakikat persidangan mereka tidak mendapat liputan oleh media arus perdana dengan sewajarnya sebagai sebuah parti terbesar Melayu. Demi mengimbangi parti itu menggunakan media sosial bagi menyebar luas semua aktivitinya.

Lebih manis apabila perhimpunan kali ini buat pertama kali dalam sejarah turut disertai oleh para pemimpin dan penyokong Pas. Sejak termeterainya Muafakat Nasional UMNO juga kini lebih tenang.

Kehebatan Pas adalah dalam aspek terbiyah. Parti itu bukan sahaja berjaya mentarbiyah penyokongnya, bahkan ketika di dalam gagasan pembangkang dahulu mereka juga berjaya mentarbiyah DAP, sebuah parti Cina yang cauvanis.

Kini mereka mentarbiyah UMNO dan jelas kedua-dua parti itu semakin seiringan dan pastinya akan sampai ke jinjang Putrajaya.

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button