Jenayah

Tidak sampai 5 jam ragut remaja perempuan tiga lelaki diberkas polis

Tindakan pantas polis berjaya menangkap tiga lelaki tidak sampai lima jam selepas mereka meragut seorang remaja perempuan di Taman Melaka Raya di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.00 petang itu, remaja terbabit sedang berjalan bersama ibunya sedang berjalan ke tempat parkir di Melaka Raya sebelum didatangi sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki lalu meragut beg jinjit mangsa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam beg yang dirampas suspek mengandungi barang peribadi seperti laptop jenis
Apple berwarna emas, Ipad Apple berwarna merah jambu, kad pengenalan diri, lesen memandu, kad ATM bank, kad Touch and Go, Apple Air Pod, beg duit dan gelang pandora.

Menurutnya, mangsa kemudiannya membuat laporan berhubungan kejadian yang menimpanya kira-kira pukul 5.46 petang.

Beliau berkata, hasil siasatan cawangan siasatan khas D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan dibantu D9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, tiga lelaki berusia antara 27 hingga 30 tahun berjaya diberkas di Taman Seri Tanjung, Pantai Kundur dekat sini kira-kira pukul 9.40 malam tadi.

“Sewaktu usaha menangkap ke semua suspek telah berlaku pergelutan. Polis berjaya menemui semula barangan peribadi milik remaja perempuan terbabit serta merampasa
motosikal yang digunakan dalam kes ragut itu.

“Hasil semakan rekod peribadi seorang daripada tiga suspek berusia 30 tahun merupakan penjenayah tegar yang baru keluar dari penjara,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Christopher berkata, hasil siasatan yang dijalankan kesemua suspek telah mengaku menyamun dua mangsa pada hari kejadian. – SM

(Visited 35 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button