JenayahNasional

Penjawat awam jual air ketum ditahan

SEORANG penjawat awam ditahan kerana disyaki menjual dan mengedar air ketum di Putrajaya semalam.

Ketua Polis Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan pukul 12 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah.

Beliau berkata, suspek ditahan ketika berada di lobi sebuah kuarters penjawat awam di Presint 9 bersama dua botol cecair disyaki air ketum.

Susulan itu, beliau berkata, lima lagi botol plastik disyaki berisi air ketum dirampas menjadikan semuanya 10.5 liter.

“Kami juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan narkotik dan harta benda,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Asmadi berkata, siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan seminggu sekali daripada pembekal di Kampung Labu Lanjut, Sepang dan menjual pada harga RM18 sebotol.

Katanya, suspek disyaki menjalankan aktiviti perniagaan air ketum di Putrajaya dengan pelanggan tetapnya dalam kalangan kenalan.

Beliau berkata, suspek dibawa ke IPD Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – SM

BACA Dua bulan tapak khemah dalam hutan jadi “port” proses, jual air ketum

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button