Politik

Tidak hirau amaran pakar, punca kes Covid-19 naik

AMARAN pakar tidak boleh dipandang mudah, kerana mereka bukan memberi andaian kosong sebaliknya melihat dari perspektif berbeza dan unjuran berasas.

Namun jika terus dipandang mudah, maka tiada tindakan persediaan diambil mengakibatkan kes baharu pandemik Koronavirus (Covid-19) di negara kita meningkat.

Malah, sebelum ini terdapat pakar pernah menjangkakan kes baharu di Malaysia boleh meningkat sehingga 5,000 orang sehari pada Mac nanti.

Amaran itu diberi pada bulan Disember lepas, namun pelbagai sekatan dibuka kembali termasuklah rentas negeri sehingga berbondong-bondong orang ramai pergi melancong.

“Masa itu, jumlah kes Covid-19 pada 12 Disember 2020 pada 80 ribu kes masih di bawah negara China.


“Tapi amat sayang bahawa amaran-amaran yang agak seram pada ketika itu langsung tidak dihirau sehingga kita perlu menjalani melaksanakan sekali lagi dan sistem penyampaian kesihatan menjadi kritikal.

“Sebulan kemudian sahaja, jumlah kes Covid-19 sudah naik hampir satu kali ganda ke 158,434 kes semalam dan selepas mengatasi negara China kita turut melepasi 22 lagi negara lain.”

Demikian ulas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar sikap kerajaan Malaysia yang mengambil mudah terhadap pembendungan Covid-19 ketika kes baharu meningkat mendadak.

Hanya pada ketika ini, selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kapasiti perkhidmatan kesihatan negara sudah berada pada tahap maksimum, baharulah tindakan dibuat.

Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0 terpaksa diadakan bermula 13 Januari lalu sehingga 26 Januari.

Namun, pelbagai pihak mengkritik pelaksanaan PKP dan menyatakan kerajaan sepatutnya sudah mempunyai pelan jangka panjang sejak PKP kali pertama dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.

Malah ada juga bertanggapan, kerajaan melaksanakan PKP terlalu tergesa-gesa sehingga menyebabkan beberapa beberapa sektor perniagaan termasuk perniagaan mikro tidak bersedia untuk menghadapinya.

Walau bagaimanapun, ramai juga pihak termasuk pakar kesihatan bertanggapan tempoh 14 hari PKP2.0 tidak mencukupi dan hal itu menandakan penguatkuasaannya mungkin akan dilanjutkan.

Bermakna tidak mungkin PKP akan ditamatkan dalam masa terdekat termasuklah pada 26 Januari ini.

Ini adalah kerana tindakan kerajaan sebelum ini yang menghapuskan sekatan rentas negeri serta melancarkan program menggalakkan pelancongan.

Di saat mereka, mula untuk bangkit daripada kesan PKP akibat pandemik Covid-19, kini mereka sekali lagi terduduk dengan pelaksanaan PKP2.0.

“Susulan tindakan kerajaan untuk menghapuskan sekatan rentas daerah dan negeri serta melancarkan program menggalakan pelancongan domestik pada awal bulan Disember lalu pada ketika penularan Covid-19 semakin mencanak.

“Negara sudah diberi amaran oleh pakar-pakar yang meramal kes baru Covid-19 akan mencecah 5,000 kes sehari dan jumlah kes Covid akan cecah 187,000 pada 25 Januari 2021,” tegas Najib Razak. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button