Politik

Khairuddin selar P Ramasamy sebagai berotak udang Penang

KETUA Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pemimpin DAP itu bersikap kebudak-budakan apabila menyerang Tun Dr. Mahathir Mohamad berulang kali tanpa mengetahui fakta sebenar.

Buang masa layan kerenah perangai tidak rasional serta kebudak- budakan P Ramasamy. P Ramasamy adalah seorang ahli politik parti DAP yang bankrap minda.

“Dia bercakap mengikut hati dan bukan guna otaknya malahan P Ramasamy ini seorang yang tidak pernah cerdik,” katanya.

Menurut beliau, setiap ungkapannya menyerang Tun Dr. Mahathir hanya mengulangi skrip-skrip lama yang tidak berasas.

“Untuk makluman P Ramasamy yang minda lemah ini pada realitinya Langkah Sheraton berlaku disebabkan oleh faktor Anwar Ibrahim bukan Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim adalah punca berlakunya Langkah Sheraton.

“Bila Anwar Ibrahim bergaduh dengan Azmin Ali sehinggakan Azmin Ali membawa keluar sepuluh orang Ahli Parlimen PKR seterusnya menarik sokongan terhadap PH sehinggakan kerajaan PH hilang sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat maka apa yang perlu dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu?” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu, ujar beliau, amat berpegang erat kepada prinsip ‘the rule of law.’

Katanya, hilang sokongan majoriti terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad maka sudah pasti tokoh negarawan ini terpaksa letak jawatan terlebih dahulu.

“Pada waktu itu, kita semua bergelut mengumpulkan sokongan melalui ‘Statutory Declaration’ dan mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen seramai seratus empat belas orang.

“Malangnya, pada waktu itu pintu Istana Negara ditutup erat kepada Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong PH untuk memaklumkan kepada KDYMM Tuanku Agong agar memilih semula calon Perdana Menteri dari PH yang mempunyai majoriti bagi menerajui kerajaan baru.

“Pada waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan semua Wakil-Wakil Rakyat PH berhempas pulas untuk kembali mendapatkan kuasa semula mengikut suara majoriti yang diperolehi di saat tersebut melalui ‘Statutory Declaration’ yang terkumpul.

“Malangnya, bila Istana Negara tidak berpegang lagi kepada suara majoriti Wakil-Wakil Rakyat melalui pengumpulan ‘Statutory Declaration’  untuk dipilih calon Perdana Menteri baru maka kaedah pengundian pula dipilih oleh Istana Negara bagi menentukan calon Perdana Menteri yang bakal dilantik,” katanya.

Pada waktu pengundian, ujar beliau, Anwar Ibrahim dan PH belot terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sekiranya Anwar Ibrahim dan PH tidak belot pada Tun Dr Mahathir Mohamad maka digabungkan undi yang diperolehi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan undi PH kemungkinan PH boleh tubuh kerajaan dengan majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

“Inilah kedunguan P Ramasamy yang tidak mahu memahami situasi tersebut tapi tetap menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pada hemat peribadi saya P Ramasamy seorang yang bodoh tetapi dalam masa yang sama tolong jangan cuba hendak putar belitkan fakta untuk memperbodohkan orang lain,” ujaranya.

Kata Khairuddin, fakta yang hakikat tidak boleh dipadamkan begitu saja.

“Sebagai rumusannya, mulai detik ini semua pihak tidak perlu layan sikap tidak rasional P Ramasamy dan jangan lagi kita terjerat dengan kebodohannya.

“Pemimpin-pemimpin pembangkang harus lihat ke hadapan secara rasional demi kepentingan masa depan bangsa serta negara.

“Semua pihak harus mencari apa saja formula untuk menjaminkan agar UMNO serta BN tewas teruk pada PRU15 nanti kerana mereka adalah perosak kepada negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

(Visited 574 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button