Politik

Young Syefura mahu letak jawatan ADUN?

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman akan membuat satu pengumuman selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berlangsung.

ADUN DAP yang kini menjadi perhatian kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini bagaimanapun tidak menyatakan isu yang akan ditimbulkan dalam pengumuman tersebut.

“Saya akan membuat satu pengumuman selepas sidang dewan DUN Pahang yang akan berlangsung selama seminggu bermula 16hb November ini. Terima kasih,” ciap Young Syefura yang dikenali sebagai Rara dalam kalangan pengikut media sosialnya.

Ciapan tersebut disusuli satu lagi ciapan,”You asked for it, you got it”.

Hantaran tersebut menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut ADUN tersebut. Ada yang membuat kesimpulan kononnya Young Syefura akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

“Don’t resign YB. You made a mistake, learn from it dan move on. You have come so far and you don’t just resign. You have to overcome this. Stay strong. There are still many people supporting you. Many politicians had controversial issues but they moved forward. This too shall pass,” komen @memejk888

“Jangan letak jawatan. Meletakkan jawatan akan menambah masalah yang lebih besar dalam keadaan pandemik ini. Semoga terus tabah,” kata @jesusmd22.

“YB jangan resign, nanti ada PRK. Think about the impact. And you dont have jawatan pun just ADUN. Unless that person menteri then kena resign as minister but stay as MP,” rayu @Nik8498.

Don’t make it easy by just resigning. Offer conditional resignation subject to similar actions by other famous offenders. Sambil tu, be better. good luck,” saran @_Acat_.

“Please don’t resign. Pay the price for violating SOP if found guilty. But do not resign. We need people like you representing us. Not politikus bangsats,” nasihat @LotusEyedFlower.

“Why resign if others who are supposedly to resign but didn’t do so,” tanya @iqmalhisham.

Young Syefura sebelum ini menyatakan dia sedia disiasat pihak berkuasa berhubung dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat semasa menyambut ulang tahun kelahiran di tepi pantai sebuah resort di Sepang.

Beliau telah memohon maaf dan bersedia untuk disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakannya melanggar SOP.-SM

(Visited 1,021 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button