Politik

Tiada penderhakaan, tiada krisis perlembagaan – Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa hari ini menjelaskan kerajaan tidak akan membenarkan sebarang bentuk penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, kerajaan akan terus mempertahankan raja berperlembagaan dan menjaga kemuliaan Yang di-Pertuan Agong.

Kata beliau, sebarang perbezaan pendapat akan sentiasa diurus dan diselesaikan dengan cara berhemah.

Justeru beliau menekankan tidak ada sebarang krisis perlembagaan yang berlaku sebagaimana yang dihebohkan oleh pembangkang.

Kata Annuar, pembangkang sebenarnya mahu mengheret Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik, sedang baginda tidak berpolitik.


Annuar juga memberitahu bahawa kerajaan hari ini setiap minggu meletakkan titah Yang di-Pertuan Agong sebagai agenda pertama setiap kali mesyuarat kabinet.

Situasi itu berbeza, kata Annuar, berbeza ketika beliau berkhidmat di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, kerana titah Yang di-Pertuan Agong adalah disimpah hanya dengan perdana menteri.

“Kita setiap minggu memaklumkan titah Agong dan laksana titah Agong. Di mana soal derhaka, cuma kadangkala komunikasi tidak lancar dan belum siap, orang politik nak seret Agong, Agong tidak berpolitik,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen Ketereh, Kelantan, hari ini.

Pada sidang akhbar itu Annuar turut menjelaskan kronologi proses membatalkan Ordinan Darurat yang menjadi kontroversi iai bermula pada 21 Julai kerajaan berbincang perintah perjumpaan raja-raja Melayu yang memaklumkan darurat tidak harus disambung.

“Dalam hal ini jawatankuasa khas belum sempat memberi nasihat, dan apabila raja-raja nasihat tidak sambung, ia perlu dibincangkan kerana ketika darurat diisytiharkan kes Covid-19 adalah sekitar 3,000 kes dan ketika hendak ditamatkan kes sekitar 17,000 kes,” katanya.

Oleh kerana tidak mahu derhaka, kata Annuar, kerajaan juga mencari jalan untuk mengadakan sidang parlimen.

Jadi, kata beliau, pada 22hb kabinet buat keputusan peguam negara supaya  ambil tindakan siapkan draf ordinan pembatalan, kerana ia perlu dibuat dalam masa darurat tidak melalui proses parlimen.

“Selepas 24 jam disiapkan pada 23hb perdana menteri utus warkah ke Agong, Tuanku tiada di Istana Negara kerana berada di Pahang.

“Jadi perlu diatur secara fizikal hantar ke Kuantan. Pada 24hb tuanku titah menteri undang-undang dan peguam negara mengadap jelaskan lebih lanjut. Itu dilakukan tepat hari sabtu,  26hb parlimen bersidang, juga atas kehendak istana negara,” katanya.

Kata beliau, setiap hari proses berjalan, dan dalam persidangan parlimen pembangkang bermain politik dan menteri undang-undang diasak, dan akhirnya memaklumkan keputusan kerajaan untuk membatalkan Ordinan Darurat dan proses sedang berjalan.

“Maksud itu keputusan jemaah menteri. Semua tahu tak muktamad di situ, kita tidak boleh paksa Agong, hal besar bagi perlu panggil penjelasan, mungkin ada lagi nak dititahkan.

” Selepas baginda setuju baru warta dan didaftarkan. Proses sedang berjalan, Agong ada masa yang panjang, di situ timbul silap faham.

Menurut beliau, jika darurat tidak sambung ordinan tetap terbatal, sebab ia digubal tidak mengikut parlimen.

“Di sini timbul pertikaian soal eksekutif mencampuri urusan perundangan. Sedangkan apabila ordinan digubal semasa darurat oleh eksekutif, jadi eksekutif jugalah yang membatalkannya dan bukan parlimen,” katanya.

Tambah Annuar, pandangan mutlak berkaitan undang-undang adalah peguam negara dan jika ia masih tidak dipersetujui perlu dibawa ke mahkamah untuk ditafsirkan.

Malah, kata Annuar, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah menghadap Agong pada 27 Julai bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku dan telah meminta maaf di atas hal tersebut dan turut dimaklumkan kepada kabinet.

BACA:

Darurat: Agong amat dukacita, kenyataan Takiyuddin mengelirukan

 

 

(Visited 261 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button