Nasional

Tiada kertas siasatan terbakar, kejadian kebakaran IPD Sepang tiada unsur khianat

TIADA kertas siasatan yang terbakar kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Wan Kamarul Azral Wan Yusof ketika kejadian kebakaran di tingkat satu Ibu Pejabat Daearah (IPD) Sepan, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan pejabat Pegawai Penyiasat Kanan (S.I.O) semalam.

Katanya, kejadian kebakaran ini tidak mempunyai sebarang unsur khianat dan jenayah, dan perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Bahagian Siasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang diketuai oleh Penguasa Kanan II Azlan Rahmat selepas selesai menjalani siasatan kira-kira jam 10.30 malam

Menurutnya, kebakaran disyaki berpunca dari pejabat pentadbiran BSJ dan seterusnya merebak ke pejabat bersebelahan iaitu pejabat S.I.O serta bilik mesyuarat BSJ.

Siasatan kebakaran di IPD Sepang turut disertai 21 anggota dan unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang berada di lokasi sejak 8.30 malam, semalam.

Wan Kamarul berkata pemeriksaan awal mendapati hampir keseluruhan pejabat di BSJ mengalami kerosakan akibat kebakaran tersebut.

Kerosakan lain yang dikenalpasti adalah seperti gangguan talian internet kerana berlakunya kebakaran pada kabel fiber optic – Bernama — SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button