Nasional

MAS, AirAsia diminta sambung penerbangan ke Sabah, Sarawak

MAS atau Malaysia Airline dan AirAsia telah diminta untuk menyambung semula operasi penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau telah menghubungi Malaysia Airlines Berhad (MAB) meminta syarikat tersebut memulakan penerbangan minggu ini.

Menurut Ka Siong, khidmat penerbangan Kuala Lumpur-Kuching-Kuala Lumpur, Kuala Lumpur-Miri-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Kota Konabalu-Kuala Lumpur akan beroperasi satu kali seminggu.

MAB juga akan memastikan penerbangan Miri-Bintulu-Miri, Kuching-Sibu-Kuching dan Sibu-Bintulu-Sibu akan dihubungkan melalui MASWings.

“Jika permintaan meningkat, mereka akan menambah lebih banyak penerbangan ke Kuching atau Miri atau Kota Kinabalu mulai minggu hadapan.

“Oleh itu negeri Sarawak akan terus dihubungkan dengan Semenanjung Malaysia,” kata Ka Siong.

Menurutnya, pihak MAS juga akan memastikan perkhidmatan kargo mereka khususnya muatan barangan keperluan rakyat seperti makanan dan perubatan ke Sarawak tidak akan dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,

Perkhidmatan kargo Kuala Lumpur-Kuching-Kuala Lumpur, Kuala Lumpur-Bintulu-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Labuan-Kuala Lumpur akan beroperasi tiga kali seminggu.

Ka Siong mengulas mengenai gesaan Menteri Pelancongan, Kesihatan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semalam yang mahu supaya penerbangan antara Sarawak dan Semenanjung diteruskan.

Menurut Ka Siong, Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengarahkan syarikat penerbangan untuk menghentikan operasi penerbangan ke Sarawak dan Sabah.

Keputusan menghentikan perkhidmatan dibuat oleh syarikat terbabit sebagai langkah terbaik demi kepeentingan penumpang dan kakitangan syarikat.

Tiga minggu lalu, MAS membuat keputusan untuk menyambung semula beberapa penerbangan antarabangsa.

Menurut laporan BERNAMA, penyambungan semula penerbangan antarabangsa antara April dan Mei nanti bertujuan membawa pulang ahli keluarga yang tidak dapat kembali ke tanah air ekoran sekatan perjalanan yang dilakukan di kebanyakan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Izham Ismail berkata, ramai pelanggan MAB daripada rakyat Malaysia hingga warga asing, telah menghubungi pejabat global syarikat penerbangan.

Katanya, sebagai syarikat penerbangan rangkaian, Malaysia Airlines dapat mengekalkan jaringan dan membawa pelanggan terus atau paling hampir dengan destinasi yang mereka mahukan. -SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button