AgamaNasionalParlimen

TH jangka bantuan kewangan haji meningkat RM500 juta tahun depan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) menjangka jumlah Bantuan Kewangan Haji akan meningkat kepada hampir RM500 jua tahun depan sekiranya kos bayaran menunaikan ibadah haji tidak disemak.

Beliau berkata, perkara itu akan memberi kesan kepada TH yang perlu memberi agihan keuntungan berpatutan kepada pendepositnya.

Katanya, setiap tahun TH berdepan dengan pelbagai cabaran dalam pengurusan haji termasuk kenaikan kos menunaikan ibadat haji yang di luar kawalan TH di mana ia memberi kesan terhadap kemampanan kewangan institusi itu serta cabaran untuk mengekalkan tahap perkhidmatan terbaik.

Bagaimanapun, katanya, TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji ini bagi membantu Jemaah haji muassasah yang menunaikan haji buat pertama kali dan kurang pendapatan untuk meringankan bebanan kewangan mereka.

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Ahamad Saad@Yahaya, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pokok Sena bertanya, apakah asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, walaupun boleh menerima Bantuan Kewangan Haji, bakal haji kumpulan B40 dan M40 diberikan peluang untuk secara sukarela membayar lebih daripada kadar ditetapkan meskipun mungkin tidak dapat membayar sepenuhnya kos haji.

Untuk rekod, musim haji 1444 Hijrah, kosnya adalah RM30,850 untuk setiap jemaah muassasah Malaysia iaitu peningkatan lapan peratus berbanding RM28,632 tahun lepas, 1443 Hijrah dan sejak tahun 2002 hingga 2022, sebanyak RM2.2 bilion telah dibelanjakan bagi Bantuan Kewangan Haji.

Menurut Mohd Na’im lagi, TH sentiasa bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan mereka.

“Kadar bayaran haji yang bersasar mengambil kira tahap kewangan individu bakal haji dan bukan pendapatan isi rumah,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai cadangan mewujudkan tabung wakaf haji bagi memberi bantuan kewangan sama rata kepada jemaah, Mohd Na’im berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan dengan menilai keberkesanannya pada masa depan. – SM

BACA Arab Saudi kurangkan premium insurans haji dan umrah

BACA Wang akaun Tabung Haji lesap

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button