Nasional

KPKT salur RM219.6 juta projek berkaitan banjir

Atas komitmen untuk mengatasi masalah banjir kilat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan sebanyak RM219.6 juta untuk menaiktaraf perparitan dan menyelenggara kolam takungan dari tahun 2023 hingga 2024.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata demikian dalam sesi Perbincangan Meja Bulat mengenai Pengurusan dan Tindak Balas Banjir Berkesan di Bandar anjuran Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur.

“KPKT telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM49.59 juta bagi projek menaiktaraf perparitan dan longkang kepada PBT pada tahun 2023, dan RM20 juta pada tahun 2024.

“Bagi projek penyelenggaraan kolam takungan banjir di kawasan PBT, peruntukan sebanyak RM100 juta pada tahun 2023 dan RM50 juta pada tahun 2024 telah disalurkan kepada PBT, ” menurut KPKT dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, KPKT telah menerapkan Pelan Induk Saliran Mesra (PISMA) dalam perancangan bandar mengikut hasil keputusan Majlis Perancangan Fizikal Negara 2023.

Menurut kenyataan kementerian, data pelaksanaan kajian PISMA di Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 32 kawasan telah menyelesaikan pelaksanaan projek ini, manakala tujuh  kawasan dalam proses penyediaan kajian dan 10 kawasan masih dalam proses perancangan.

Selain itu, Kor Ming berkata, perbincangan itu bahawa antara faktor kejadian banjir kilat di Malaysia ialah perubahan pola taburan hujan, kesan urbanisasi dan pembangunan tidak bersepadu, serta sistem saliran yang kapasitinya tidak mencukupi.

Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat tentang Pengurusan dan Tindak Balas Banjir Berkesan di Bandar dari 25 hingga 26 Mac 2024 dengan menghimpunkan pakar dan pihak berkepentingan untuk menangani cabaran mendesak banjir bandar.

Dianjurkan bersama dengan kerjasama pakar terkemuka dari United Kingdom dan Malaysia dalam pengurusan banjir dan ketahanan iklim, acara itu mempamerkan kepakaran bersama KPKT dalam bidang ini, jurang yang perlu ditangani, dan bidang untuk kerjasama masa depan. – SM

(Visited 7 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button