Nasional

Kerjasama PSAS, UPSI mampu lonjak Daerah Muallim

POLITEKNIK Sultan Azlan Shah (PSAS) menjadi rakan strategikbaharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang terutamanya pengkomersialan.

PSAS dalam kunjungan hormat secara rasmi buat julung kalinya ke universiti pendidikan terulung negara itu kelmarin diketuai pengarahnya, Ts. Mohd. Zulkefli Ibrahim bersama 23 kakitangan memperlihatkan komitmen yang tinggi untuk berkolaborasi bersama UPSI .

Mohd Zulkefli yang baru dilantik ke jawatan Pengarah PSAS pada 2 Mei lalu berhasrat dan beriltizam memacu kecemerlangan PSAS bersama UPSI , sebuah universiti pendidikan tersohor dan memiliki sejarah penubuhan yang panjang.

Md Amin menyampaikan cenderahati kepada Mohd Zulkefli selepas perbincangan dua hala sempena kunjungan hormat di Scholars Suites, Kampus Sultan Azlan Shah

UPSI yang diketuai Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menganggap pertemuan hasil kunjungan hormat PSAS ke universiti itu akan membuka lembar baharu kepada aspirasi melonjakkan pencapaian universiti apalagi kedua-dua institusi berada di daerah yang sama, Muallim.

“Justeru, usahasama perlu dilakukan antara PSAS dan UPSI memandangkan keduanya mempunyai kelebihan yang boleh disatukan untuk merangka kerjasama yang lebih besar dalam melonjakkan daerah Mualllim,” katanya.

Beliau berkata antara fokus kerjasama adalah dari aspek inovasi, robotik serta pengkomersialan yang perlu digemblengkan untuk mengukuhkan kedua-dua institusi selain menawarkan pelbagai kemudahan sukan dan penginapan.

“Kami sangat berminat untuk memberi tumpuan terhadap aspek berkenaan malah ia boleh menjana pendapatan untuk membantu PSAS sendiri,” katanya.

Delegasi PSAS bergambar kenangan selepas mengadakan kunjung hormat dan membincangkan kerjasama bersama UPSI.

Menurut era kini, inovasi antara agenda negara yang perlu digerakkan oleh UPSI dan PSAS untuk saling membudaya inovasi dalam kalangan pelajar.

“PSAS memiliki bengkel-bengkel teknologi seperti automotif dan mekanikal yang hebat dan boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar UPSI, malah bersedia membayarnya untuk membolehkan PSAS menjana pendapatan,” katanya.

UPSI juga bercadang menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang PSAS dalam inovasi bagi melahirkan guru yang hebat, kreatif dan berinovatif di sekolah-sekolah dan kolej vokasional.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin; Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Mohd Zulkefli yang baru dilantik ke jawatan Pengarah PSAS baru-baru ini PSAS memiliki pencapaian yang menarik dan boleh diikongsi bersama UPSI sebagai rakan strategik baharu.

Katanya, kunjungan hormat delegasi PSAS itu bertujuan melonjakkan pencapaian PSAS bersama UPSI sebagai universiti pendidikan ulung negara.
“PSAS dan UPSI turut bersetuju untuk bersama-sama menjayakan program tanggungjawab sosial berimpak tinggi di daerah Muallim sekali gus memberi manfaat kepada komuniti setempat,” katanya.

Malah, katanya, usahasama yang bakal dilaksanakan boleh berkonsepkan ‘batter trade’ bagi menjayakan sebarang program seperti penggunaan kemudahan yang dimiliki UPSI dan PSAS.

Mohd Zulkefli berkata PSAS bersedia bekerjasama dengan UPSI dalam memperkasakan bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik (STEM) dan Pendidikandan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). -SM

Baca juga :MoU UPSI, CXS Analytics Sdn. Bhd Tingkat Kebolehpasaran

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 555 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button