fbpx
Politik

Terima kasih Nizar, UMNO bukan parti milik keluarga

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada anaknya Mohd. Nizar kerana bersabar tidak menjadi calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menurutnya, Nizar sebagai ketua pemuda UMNO Pekan sememangnya layak dari segi jawatan parti, kepimpinan, pengalaman serta pendidikan untuk menjadi calon PRK Chini.

Malah ramai dalam bahagian UMNO Pekan dan rakan-rakan BN  menyokong Nizar dicalonkan.

Namun Ahli Parlimen Pekan itu berkata, amat janggal jika Nizar menang dan menjadi ADUN di sebuah parlimen di mana beliau sebagai bapa menjadi wakil rakyat.

“Saya juga telah berbincang pendirian saya dengan Nizar dan dia bersetuju malah dia juga teguh dengan kesungguhan untuk membantu calon dipilih! Berkobar-kobar Nizar!


“Terima kasih Nizar di atas kesabaranmu dan tunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin.

“Nama saya bukan Anwar atau Mahathir mahupun Kit Siang dan UMNO bukan parti milik keluarga sesiapa,” kata Najib.

Sementara itu Nizar dalam Facebooknya bersyukur dan berterima kasih kerana BN memilih kalangan Pemuda UMNO Pekan sebagai calon PRK Chini.

Nizar berkata, jentera Pemuda Pekan akan memberikan sokongan penuh kepada Sharim Md. Zain.

“Semoga dipermudahkan segala urusan semasa berkempen. Saya doakan Sharim akan menjadi pemimpin yang baik, dihormati ramai dan memikul tanggungjawab yang diberikan dengan amanah,” kata Nizar.-SM

 

 

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button